Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.....
Selamat datang ke blog FR Bakery. Blog di mana terhimpun pelbagai jenis kek yang dijual. Saya FATIN RYHANA BINTI MOHAMAD SUDERMAN,21 tahun merupakan pemilik sah FR Bakery. Saya selesa dengan panggilan Ry. Saya mula berniaga, sejak di bangku sekolah lagi. Saya mengorak langkah dalam bidang usahawan sedikit demi sedikit. Pada mulanya, saya berniaga hanya sekadar mengisi masa lapang dan suka-suka, tetapi ia mula berubah selepas saya tamat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Pada masa itu, saya mula terdetik di hati untuk mempunyai jenama produk sendiri. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana telah memakbulkan doa saya selama ini untuk mempunyai jenama sendiri. Tambahan pula, saya hanya berniaga dari rumah sahaja. Produk yang saya keluarkan adalah 100% produk homemade bukan dari mana2 kilang.
No comments:
Post a Comment